Maqis rampas 25,200kg kurma dari Arab Saudi

0
201
Kurma yang dirampas oleh Maqis Selangor di Pelabuhan Barat pada Sabtu lalu

CYBERJAYA- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor berjaya mengagalkan cubaan membawa masuk 25,200 kilogram (kg) kurma melalui Pelabuhan Barat di Klang, Selangor.

Pemangku Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, rampasan kurma seberat 25,200 kg dari Arab Saudi  itu dibuat pada pukul 11 pagi pada Sabtu lalu selepas pemeriksaan rutin oleh pegawai Maqis yang bertugas.

Beliau berkata, rampasan dilakukan kerana barangan dagangan berkenaan tidak mematuhi syarat seperti mana yang dinyatakan pada permit import Maqis iaitu tidak mematuhi Sijil Perakuan 3P Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan.

“Kurma seberat 25,200 itu dianggarkan bernilai RM141,229.44. Kegagalan mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali mengikut Seksyen 15(2) Akta yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kurma berkenaan dipercayai dibawa masuk ke negara ini untuk pasaran tempatan sempena bulan Ramadan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here