Maqis rampas bunga ros berharga RM43,210

0
159
Gambar hiasan.

SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya mengagalkan cubaan membawa masuk 1,208 kilogram (kg) bunga ros bernilai RM43,210
dari Ethiopia yang tidak mematuhi syarat pengimportan negara.

Pemangku Pengarah Maqis Negeri Selangor, Zamri Hashim berkata, bunga ros segar itu ditahan dalam pemeriksaan di kargo Maqis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesalahan pada dokumen iaitu kekeliruan nombor permit pada sijil fitosanitasi dan permit import yang dikemukakan.

“Pengimportan dagangan bunga ini tidak mematuhi syarat permit import yang sah dari Maqis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zamri berkata, kegagalan mematuhi syarat permit import itu menjadi kesalahan menurut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Bagi kesalahan itu, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama enam tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Katanya, Maqis akan mempertingkatkan pemeriksaan ke atas setiap barang dagangan yang diimport dan dieksport bagi mengelakkan kemasukan dagangan yang diimport bersama penyakit dan perosak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here