MB Kelantan dikejarkan ke HUSM, bukan kesan sampingan vaksin Covid-19

0
163
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bukan disebabkan kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin, Ahmad sebenarnya dikejarkan ke hospital malam tadi selepas mengadu keletihan dan sakit kepala.

Katanya, keadaan Ahmad itu bukan disebabkan kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 pada program Imunisasi Kebangsaan Covid-19, di Kompleks Kerajaan, Kota Darul Naim pukul 11.30 pagi semalam.

“Beberapa hari lepas, beliau sudah mengadu alami sakit kepala, tidurnya terganggu dan tidak cukup tidur. Ahmad dikejarkan ke hospital selepas merasa sakit kepala dan keletihan ketika berada di rumahnya.

“Ketika saya berada di rumahnya (semalam), beliau sekali lagi mengadu sakit kepala dan saya bersama ahli keluarganya membawa beliau ke HUSM sekitar pukul 7 malam. Keadaannya dilaporkan stabil dan memerlukan rehat secukupnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Izani,  Ahmad yang berumur 71 tahun dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pekan itu berkemungkinan akan dibenarkan keluar hospital esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here