MITI akan siasat dakwaan Top Glove guna buruh paksa

0
114
Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menyiasat dakwaan produk sarung tangan yang dihasilkan Top Glove di negara ini menggunakan buruh paksa

Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya akan meneliti laporan berhubung perkara itu sebelum sebarang tindakan diambil.

Katanya, MITI akan terus membantu industri untuk memahami keperluan pasaran eksport Malaysia dan menyelesaikan sebarang masalah berkaitan perdagangan dan pelaburan.

“Kita akan memastikan semua syarikat yang mengeskport produk ke luar negara mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kementerian sedang meneliti perkara ini secara terperinci.

“Ini adalah urusan dasar domestik AS yang perlu dipatuhi oleh industri kita,” katanya pada majlis menandatangai kerjasama antara Widad Business Group dan Bin Zayed International LLC, di sini, hari ini.

Isnin lalu, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat mengarahkan produk sarung tangan Top Glove dirampas di semua pintu masuk negara itu.

Tahun lalu, Pengerusi Eksekutif Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai berkata, pihaknya sedang berusaha menyelesaikan masalah itu dengan melantik perunding untuk mengesahkan rancangan tindakan pembetulan yang dilaksanakan bagi mengeluarkan petunjuk penglibatan syarikat itu dengan amalan buruh paksa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here