Najib Razak kini penjual sambal hitam

0
837
Sambal Belimbing Hitam Pahang DeJiwa yang dihasilkan mengikut resipi tradisional Pahang.

CUKUP pedas, cukup rasa…memang betul-betul power! Rasa sebiji macam sambal hitam original Pahang.

Macam itulah lebih kurang komen saya selepas mencuba sendiri Sambal Belimbing Hitam Pahang DeJiwa yang dihasilkan oleh seorang sahabat, semasa makan tengah hari tadi.

Sebagai orang media, memang jarang kita (penulis) nak memuji sesuatu yang so-so sahaja. Tapi sebab mahu berkongsi rasa, saya fikir berbaloi kalau dibuatkan satu ulasan ringkas mengenai produk makanan yang satu ini.

Dihidang bersama nasi yang masih panas, kombinasi sambal hitam dengan ikan keli salai masak lemak sebentar tadi betul-betul ‘kena’ dengan selera, apatah lagi bagi mereka yang gemarkan hidangan-hidangan ala kampung.

Kalau selama ini, penulis merasakan sambal belacan atau sambal tumis sekadar ‘penambah perisa’ di meja makan, sambal belimbing hitam ini mempunyai kelainan yang tersendiri.

Rasa masam belimbingnya boleh dikatakan tidaklah begitu dominan, tetapi rasa masin ikan bilis dan rasa pedas cili padi begitu serasi bersama.

Selepas mencuba, saya sudah mula membayangkan menu patin masak tempoyak sebagai satu lagi padanan sempurna untuk hidangan pada hujung minggu ini.

Pilihan peringkat kepedasan untuk dipilih pelanggan.

Menariknya, Sambal Belimbing Hitam DeJiwa didatangkan dengan dua pilihan tahap kepedasan iaitu ‘Pedas Super Padu’ dan ‘Pedas Padu’.

Bagi saya yang tidak begitu tahan pedas, level pertama pun sudah memadai.

Pengeluar, Najib Abdul Razak, 42, berkata, idea menghasil produk itu timbul selepas melihat sambutan tinggi terhadap produk makanan sepanjang Perintah kawalan Pergerakkan (PKP).

Katanya, bermula sekadar usaha untuk menambah pendapatan selepas kehilangan punca pendapatan akibat penularan Covid-19 tahun lalu, beliau bersama isteri, Aida Zarina Burhanuddin kini menumpukan perhatian lebih serius dalam perniagaan itu.

“Idea buat sambal hitam ini datang dari isteri sebab dia yang selalu buat. Lagipun dia memang orang Jerantut, jadi insyallah rasa tu memang asli Pahang.

“Alhamdulillah walaupun baru sebulan di pasaran, sambutan yang diterima cukup baik. Cuma sekarang pelanggan kena membuat tempahan awal kerana kekangan produksi ketika ini,” katanya yang juga ejen kepada produk Kruk KrapMy Golden Salted Egg Peyek yang viral tahun lalu.

Najib Razak bersama isteri, Aida Zarina.
Najib Razak yang juga ejen Kruk KrapMy Golden Salted Egg Peyek.

Najib berkata, proses pembuatan sambal di rumahnya di Bukit Antarabangsa, Selangor ketika ini hanya mampu menghasilkan kira-kira 60 botol setiap minggu.

“Masak sambal belimbing hitam ini agak memakan masa kerana perlu dimasak antara lima hingga tujuh jam di atas dapur. Lagi lama lagi baik.

“Jadi buat masa ini perhasilannya masih pada skala kecil dan penghantaran di sekitar Lembah Klang dan Selangor terpaksa dilakukan secara selang sehari,” katanya yang menerima tempahan dan penghantaran dari seluruh negara.

Sambal Belimbing Hitam DeJiwa seberat 200 gram dijual pada harga RM25 tidak termasuk penghantaran.

Maklumat lanjut mengenai produk boleh diperolehi di talian 011-57894394 (Aida).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here