Nur Sajat mungin berada di luar negara

0
231
Nur Sajat kini menjadi buruan JAIS dan Polis

NILAI – Usahawan Kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat berkemungkinan berada di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, terdapat berita yang menyatakan Nur Sajat berada di luar negara.

Beliau berkata, polis Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak pernah berhenti mengesan lokasi sebenar Nur Sajat.

“Jika tidak silap saya, telah dinyatakan yang dia (Nur Sajat) berada di luar negara. Ada berita nyatakan dia ada di luar negara.

“Tapi, kita masih lagi ‘monitornya’,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai (IPD) hari ini seperti dilaporkan Sinar Harian.

Mengulas kenyataan Nur Sajat yang polis tidak mencarinya kerana mempunyai urusan yang lebih penting, Huzir enggan mengulas lanjut namun menegaskan kes berkenaan masih dalam tindakan polis.

Baru-baru ini Nur Sajat menerusi rakaman ‘live’ di Instagram miliknya menafikan beliua bersembunyi daripada JAIS dan pihak berkuasa.

“Masa bila kita nak jadi pelarian, buat apa nak jadi pelarian, masa bila saya menyorok dan saya bukan menyorok tetapi hanya mendiamkan diri daripada media sosial Instagram.

“Pihak polis tidak mencari saya kerana mereka mempunyai urusan yang lebih penting berbanding saya,” kata Nur Sajat dalam ‘live’ tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here