Nur Sajat ‘ugut’ keluar Islam

0
1057

CYBERJAYA – Usahawan kosmetik beperwatakan wanita, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat terus mencetuskan kontroversi apabila membuat pengakuan mahu meninggalkan agama Islam.

Pengakuan dalam video berdurasi 1 minit 48 saat yang tidak dapat dipastikan tarikhnya itu tular malam tadi dipercayai dirakam Nur Sajat berikutan perintah serah diri oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, Sajat dilihat bersumpah di atas namanya, ibu dan bapa bahawa dia sudah tidak lagi mahu menganut agama Islam.

“Saya cakap ini bukan nak ugut ke tak, saya bersumpah atas nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak jadi orang Islam.

“Saya keluar dari agama Islam lebih afdal. Saya tidak main-main. Mereka buat saya lebih jauh dari Islam,” katanya.

Keluhan itu katanya atas kekecewaan dirinya terhadap tindakan dan layanan JAIS terhadapnya.

Usahawan kosmetik itu pada 23 Februari lalu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas tidak menghadirkan diri pada sebutan semula kes menghina Islam.

Pada 27 Februari lalu pula, kediaman Sajat di Kota Damansara diserbu oleh petugas JAIS dan anggota polis namun pihak berkuasa tidak berjaya menemuinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here