
RAUDHAH CITY – Malakat Mall mempelawa mana-mana individu yang berminat untuk menjadi usahawan menyertai Program Pembangunan Usahawan Malakat Mall.
Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, peserta yang terlibat juga akan diberikan elaun latihan sebanyak RM1,000 untuk setahun yang pertama.
Selain itu, katanya, pelatih juga perlu sangup berkhidmat dan menberikan komitmen yang penuh sepanjang tempoh latihan.
“Usahawan pelatih akan belajar teori dan praktikal dalam bidang perniagaan yang di tugaskan.
“Selepas setahun, usahawan akan terus menjadi “partner” berserta dengan dana bersama pemilik jenama (Coach Fadzil),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, pelatih yang dipilih menyertai program itu juga perlu mengutamakan solat lima waktu.

Pada masa sama, katanya, mereka juga perlu bersedia untuk belajar dan memperbaiki diri dari segi spritual dan hubungan dengan Allah.
Sehubungan itu, Coach Fadzil berkata, mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri di pautan http://bit.ly/ProgramPembangunanUsahawanMalakatMall.-MT