Pahang juara Pertandingan Bahas Guru Piala Pusingan YGMB Peringkat Kebangsaan 2021

0
939
Pahang muncul juara Pertandingan Bahas Guru Piala Pusingan YGMB selepas menewaskan Selangor di pentas akhir hari ini.

KOTA BHARU –  Pahang muncul juara Pertandingan Bahas Guru Piala Pusingan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Peringkat Kebangsaan 2021.

Pahang dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Selangor di pentas akhir yang diadakan di Hotel Perdana di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Peserta Pahang terdiri daripada Nasrul Isyam Abdul Hamid, Mohd Muzammil Ab Rahim, Mohd Norhamdan Rosli dan Ahmad Baihaqi Muhammad Yunus.

Aksi Pahang di pentas akhir Pertandingan Bahas Guru Piala Pusingan YGMB Peringkat Kebangsaan hari ini.

Kemenangan itu membolehkan Pahang membawa pulang hadiah berupa Piala Pusingan YGMB, wang tunai RM5,000, medal dan juga sijil.

Lebih menarik, peserta Pahang iaitu Ahmad Baihaqi Muhammad Yunus turut dinobatkan sebagai pendebat terbaik dan membawa pulang RM500.

Ahmad Baihaqi Muhammad Yunus

Selangor yang berpuas hati selaku naib juara pula membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM4,000 beserta medal dan juga sijil.

Selangor diwakili oleh Siti Habibah Juddin, Aisah Abdullah, Muhamad Hakim [email protected] dan Syed Fahmi Syed Isa.

Selangor berpuas hati selaku naib juara Pertandingan Bahas Guru Piala Pusingan YGMB Peringkat Kebangsaan 2021

Tempat ketiga dan keempat pula dimenangi oleh Sabah dan Perak yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000 dan RM2,000.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin.

Pertandingan dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang itu diadakan bersempena pelancaran Gerakan Massa: Terima Kasih Cikgu 2021.

Barisan juri aksi akhir Pertandingan Bahas Guru Piala Pusingan YGMB Peringkat Kebangsaan 2021.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Mohd Yusof, Pengerusi YGMB, Aminudin Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here