Pakar kewangan Islam dedah produk GO+ TNG tidak patuh syariah

0
3091
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Umat Islam dinasihatkan mengelakkan diri daripada terlibat dengan produk Ewallet Touch ‘n Go (TNG) kerana didapati mengandungi unsur riba dan tidak patuh syariah.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah, produk tersebut adalah haram disertai oleh orang Islam kerana pulangan yang ditawarkan dihasilkan oleh instrumen Principal E-Cash yang merupakan dana yang tidak patuh syariah

“Saya cadangkan management TNG kaji dahulu produk sebelum tawarkan kepada orang ramai, memandangkan ewallet sudah menjadi kegunaan harian masyarakat kita.

“Sebagai umat Islam, adalah dilarang keras menyertai pelaburan berunsur riba ini, ia adalah dosa besar,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook muamalat.my.

Ahmad Sufyan

Sehubungan itu, Ahmad Sufyan menasihatkan umat Islam mengelakkan diri daripada terjebak dalam produk seumpama itu.

Semalam, TNG Group melancarkan produk GO+ iaitu sebagai langkah pertama syarikat TNG untukbergerak ke arah servis pendigitalan kewangan.

Menerusi produk itu pengguna Touch ‘n Go eWallet dan seluruh rakyat Malaysia boleh membuat pelaburan pasaran kewangan berisiko rendah bermula dengan hanya RM10.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here