Pasar raya Malakat Grocer akan dibuka di Kota Warisan, Sepang esok

0
676
Kerja-kerja pengubahsuaian terakhir sedang giat dilakukan

RAUDHAH CITY – Selepas berjaya bertapak di Cyberjaya, Puchong, Ampang dan Masjid Tanah, pasar raya Malakat Grocer milik Kumpulan Malakat akan dibuka di Kota Warisan, Sepang esok.

Menurut Pengasas kumpulan itu, Mohd Fadzil Hashim, pembukaan cawangan keenam pasar raya itu akan memberi pilihan kepada penduduk sekitar untuk mendapatkan barangan kering dan basah dengan mudah.

“Insya-Allah pada hari Sabtu ini kita akan buka sebuah lagi Malakat Grocer di Kota Warisan, Sepang.

“Jangan lupa, tawaran bukan sekadar membantu membina ekonomi Islam, tetapi juga bantu buka pasar untuk orang kita berniaga dan jual barang.

“Bukan itu sahaja, apabila tuan puan berbelanja RM300 sebulan, tuan puan akan dapat tanah percuma di Muslim Village, Serendah, Selangor,” katanya yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.

Malakat Grocer di Kota Warisan, Sepang

Mengulas lanjut mengenai perancangan kumpulan itu, Coach Fadzil berkata, pihaknya akan membuka perniagaan di tempat yang orang ramai memberi sokongan memberangsangkan.

Antara lokasi lain yang sedang diintai ialah di Jasin dan Merlimau di Melaka, Puncak Alam di Selangor serta Johor.

“Malakat Grocer di Puncak Alam pasti boleh kerana itu kawasan hard core. Insya-Allah kita akan usahakan. Semoga bermanfaat dan beri inspirasi kepada semua usahawan dan majikan.

Orang ramai membeli barangan keperluan di Malakat Grocer, Malakat Mall berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita belum lagi dapat buat Malakat Mall di Kuantan kerana belum selesaikan perundingan dengan tuanpunya bangunan. Ipoh pula akan dimulakan selepas hari raya insya-Allah,” ujarnya.

Sehingga ke hari ini, enam buah Malakat Grocer telah beroperasi iaitu di Malakat Grocer, Cyberjaya; Malakat Grocer, Putra Perdana, Puchong; Malakat Grocer, Taman Kosas, Ampang; Malakat Grocer, Pandan Mewah, Ampang dan Malakat Grocer, Masjid Tanah.

Malakat Grocer mempunyai formula tersendiri yang menggabungkan tiga jenis perkhidmatan iaitu membekalkan barangan kering, basah serta makanan dan minuman.

Konsep gabungan tiga perkhidmatan itu diilhamkan dari kepopularan pasar-pasar mini yang wujud. Bekalan barangan kering diilhamkan dari 99 Speedmart, barangan basah dari kedai Aceh dan makanan serta minuman dari konsep Family Mart.

Gabungan perkhidmatan tiga dalam satu itu memberi impak berganda kepada para pelanggan yang akan memperoleh ketiga-tiganya tanpa perlu pergi ke tiga buah kedai untuk mendapatkannya. Ia menjadi formula yang berkesan buat Malakat Grocer.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here