Pawagam dibenar beroperasi semula pada Jumaat ini

0
76

Penularan CCd-19 yang menyaksikan penutupan besar-besaran operasi pawagam di seluruh negara.

CYBERJAYA – Semua pawagam di negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) dibenarkan beroperasi semula pada Jumaat ini.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam satu kenyataan memaklumkan, kebenaran itu tertakluk kepada pematuhan semua garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perkara itu diumumkan selaras dengan pelaksanaan PKPB di Selangor, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Kelantan, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, manakala pelaksanaan PKPP di Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan bermula pada 5 Mac hingga 18 Mac ini.

Kebenaran tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

“Aktiviti pengambaran dan operasi pawagam telah dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP tertakluk kepada pematuhan SOP seperti protokol pencegahan penyakit, sekatan, saringan kesihatan, pembersihan, nyah kuman premis, penjarakan fizikal, tatacara keselamatan pekerja dan tindak balas kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada sebarang pengumuman rasmi dari pengusaha panggung mengenai jadual tayangan atau pembukaan panggung mulai Jumaat ini.

Baru-baru ini, Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) merayu kerajaan membenarkan semula operasi pawagam di seluruh negara seperti premis perniagaan lain ekoran kerugian akibat penutupan operasi.

Menurut MAFE, penutupan pawagam menyebabkan industri kerugian lebih RM500 juta pada tahun 2020 dan menjejaskan pendapatan kira-kira 20,000 pekerja daalm industri perfileman negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here