Pekerja Malakat Mall Masjid Tanah kena jaga solat

0
757
Coach Fadzil ketika menyampaikan amanat kepada pekerja Malakat mall Masjid Tanah hari ini

MASJID TANAH – Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim hari ini menitipkan pesanan kepada semua pekerja Malakat Mall Masjid Tanah agar tidak meninggalkan solat.

Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, Malakat Mall Masjid Tanah yang akan dibuka pada 13 Mac ini memerlukan pekerja yang menjaga agamanya dengan baik.

“Kita bukan bekerja untuk orang, Allah adalah bos kita semua. Apabila kita perbetulkan niat kita akan dapat ganjarannya kerana makluk tiada kuasa, hanya Allah yang berkuasa.

Coach Fadzil bersama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (GCOO), Kumpulan CF Global Ventures Sdn Bhd., Adzhar Mohd. Noor dan Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Salam Zulkarnain ketika meninjua Malakat Mall Masjid Tanah hari ini.

“Kita berusaha untuk menjadi orang Islam yang baik, jaga solat dan sebagai. Kalau sebelum ini pelbagai latar belakang, bila masuk ke sini kena berubah ke arah kebaikan.

“Jika tidak solat kena solat. Kita sediakan pelbagai kemudahan di Malakat Mall, surau besar kena berjemaah. Ingat niat kita bekerja untuk Allah dan Allah akan bantu bila kita beramal.

“Kita ada Coach Muhamad di sini (Pengurus Malakat Mall Masjid Tanah, Muhammad Abdul Mutalib) dia pun ustaz boleh mengajar berkaitan agama.

Pengurus Malakat Mall Masjid Tanah, Muhammad Abdul Mutalib memberi penerangan kepada pekerja Malakat Mall Masjid Tanah

“Adakan kelas solat kepada yang tidak pandai, perbetulkan bacaan. Kepada yang tidak tahu, sila tanya dan jangan malu. Kita mohon kepada Allah,” katanya.

Mohd. Fadzil berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada smeua pekerja Malakat Mall Masjid Tanah yang disiarkan secara langsung di Facebooknya hari ini.

Malakat Mall Masjid Tanah akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 13 Mac ini, ketika ini pengurusan dan pekerja sibuk melakukan persiapan akhir.

Selain itu Mohd. Fadzil juga mahu semua pekerja faham perjuangan dalam Malakat Ekosistem yang mahu mengubah nasib dan kembalikan kekayaan bangsa.

Malakat Mall Masjid Tanah akan dibuka pada 13 Mac ini

“Kita kena layan pelanggan macam saudara, perjuangan Malakat Mall ialah untuk bina ekosistem baharu di sini. Ajak orang Masjid Tanah pindah belanja mereka ke sini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here