Pelanggan Malakat Mall Masjid Tanah ditawarkan dividen 10 peratus dengan jadi ahli Kelab Malakat

0
1872
Mohd Fadzil Hashim (kanan) meninjau Malakat Mall Masjid Tanah ketika Majlis pembukaan pusat beli belah itu Sabtu lalu

CYBERJAYA – Penduduk di Masjid Tanah, Melaka ditawarkan peluang keemasan untuk mendapat dividen sebanyak 10 peratus apabila berbelanja di pusat beli belah Malakat Mall dengan mendaftar sebagai ahli Kelab Malakat.

Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, pemberian dividen itu akan dikongsi bersama semua pengguna yang berbelanja di Malakat Mall.

“Pengagihan dividen akan diberi dalam bentuk baucar pembelian Malakat Mall kepada ahli yang berbelanja minimum 12 kali setahun.

“Selain itu, ahli Kelab Malakat juga berpeluang mendapat ‘Basic Medical Checkup’ di Malakat Farmasi yang akan mula operasi pada 15 September ini dan mendapat pendidikan percuma atau tanah percuma di Muslim Village Serendah,” katanya dalam surat terbuka kepada warga Masjid Tanah.

Dalam pada itu, katanya, turut disediakan ialah kelas bimbingan kewangan keluarga dan kelas “perbaiki solat” atau kelas agama secara percuma.

Orang ramai mendaftar sebagai ahli KoPPIM

Mengulas lanjut katanya, penduduk di kawasan itu juga boleh menjadi pemilik bersama Malakat Mall dan Malakat Grocer dengan menjadi ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) dengan hanya membeli syer serendah RM100 sahaja.

Orang ramai membeli belah di Malakat Mall Masjid Tanah yang dibuka pada 13 ,Mac lalu

“Pindah perbelanjaan keluarga saudara di ‘Mall’ dan kedai milik Saudara sendiri.

“Dengan RM100 dan pindah belanja runcit keluarga saudara dan rakan-rakan ke Malakat Grocer yang dimiliki saudara sendiri, kita akan mampu menyediakan masa depan yang lebih terjamin untuk anak bangsa kita.

“Covid 19 ini sebenarnya memperingatkan kita untuk membangunkan kekuatan ekonomi setempat,” ujarnya.

Sementara itu, beliau juga menjemput orang ramai untuk datang sendiri ke Malakat Mall, Masjid Tanah untuk melihat sendiri apa yang pasukan Malakat sedang lakukan.

Katanya, berbanding pusat beli belah lain, lebih 90 peratus tenaga kerja di Malakat Mall Masjid Tanah adalah terdiri dari pada anak muda Masjid Tanah sendiri yang bersedia dibimbing untuk mengembalikan kuasa ekonomi ummah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here