Banyak peluang pekerjaan di Malakat Mall Masjid Tanah

0
359
Cawangan baharu Malakat Mall di Masjid Tanah yang akan beroperasi bermula Sabtu ini.

CYBERJAYA – Operasi fasa pertama pusat beli-belah Malakat Mall di Masjid Tanah, Melaka yang akan dibuka pada Sabtu ini sehingga kini telah memberi peluang pekerjaan kepada hampir 100 orang dalam kalangan rakayat negeri itu.

Pengurus Pembangunan Perniagaan, Mastura Alias berkata, peluang pekerjaan itu meliputi pelbagai peringkat pekerjaan termasuk pengurusan, pemasaran, pekerja pasar raya, restoran dan pekerja am.

“Malakat Mall Masjid Tanah akan memulakan operasi pada Sabtu ini (13 Mac 2020).

“Insyallah lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan kesan daripada pembangunan eko-sistem ekonomi Islam di sini,” katanya ketika dihubungi Malakat Tribune hari ini.

Mastura berkata, selain peluang pekerjaan, pembukaan cawangan kedua Malakat Mall selepas cawangan utamanya di Cyberjaya itu dijangka akan memberi banyak peluang perniagaan kepada usahawan kecil dan sederhana.

Katanya, Malakat Mall juga diharap akan berkembang menjadi satu lagi platform untuk golongan usahawan meluaskan pasaran produk tempatan termasuk secara dalam talian (online).

Mastura Alias
Pemandangan premis baharu Malakat Mall di Masjid Tanah.

Beliau berkata, operasi Malakat Mall pada Sabtu ini akan bermula dengan dua outlet utama iaitu pasar raya Malakat Grocer dan outlet restoran Bunch-Oh.

“Berbeza dengan cawangan di Cyberjaya, Malakat Mall Masjid Tanah menempatkan outlet-outlet F&B di aras pertama dan pasar raya di aras atas.

“Masih banyak ruang dan peluang yang masih belum ‘diisi’ di sini, saya harap orang Melaka dapat hadir beramai-ramai pada hari pembukaan nanti dan terus menyokong kami,” katanya.

Sempena pembukaan itu, Malakat Mall menawarkan harga istimewa iaitu RM10 untuk seekor ayam, potongan separuh harga bagi minuman Tea Amo dan belian satu percuma satu bagi Redhots.

Malakat Mall Masjid Tanah yang mengambil tapak bangunan MARA iaitu M-Mall akan beroperasi setiap hari dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam. – MT

Permulaan ekosistem perniagaan Islam yang dimulakan Malakat Mall diharap akan memberi manfaat kepada usahawan tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here