Pembela persoal mengapa kes seks luar tabii dihadapi Iki Putra masih ‘diam’

0
428
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada sebarang tindakan undang-undang sivil diambil terhadap Iki Putra berhubung kes seks luar tabii yang dihadapinya.

Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya berkata, sekiranya bidang kuasa untuk kesalahan tersebut telah dipindah kepada mahkamah sivil, ia seharusnya tidak dilengah-lengahkan.

“Secara teknikalnya, hanya laporan polis daripada Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang akan membolehkan tindakan dalam undang-undang sivil tersebut mengambil tempat terhadap Iki Putra dan ‘rakan-rakannya’ itu sejak Mahkamah Syariah hilang kuasanya.

“Namun, saya difahamkan tiada apa tindakan susulan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Hal ini sangat membimbangkan kerana jika benar tiada apa-apa tindakan susulan dibuat, tiada tindakan boleh diambil di mahkamah sivil,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar penguatkuasa agama JAIS yang menjadi saksi ketika serbuan di dalam ‘pesta seks’ di Bangi ketika itu membuat laporan polis terhadap mereka kerana melakukan kesalahan dibawah seksyen 377A Kanun Keseksaan ini.

Katanya, ini kerana ianya terletak di bawah mahkamah sivil dan memerlukan penguatkuasa agama JAIS membuat laporan polis terhadap semua yang terlibat dalam kelakuan luar tabii tersebut.

“Jika penguatkuasa agama JAIS tidak membuat langkah ini, maka kita boleh anggap ini benar-benar kemenangan kepada puak-puak songsang yang berjaya membuka ‘floodgate’ yang menconteng arang seluruh sistem perundangan syariah di Malaysia.

“Maka, tidak pelik jugalah pejuang-pejuang ‘songsang’ terkinja-kinja bersorak gembira meraikan ‘kemenangan’ dalam kes ini pada minggu lalu,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here