Penang FC berjaya kejutkan Gergasi Merah

0
107
PFC berjaya mengejutkan SFC 2-0 dalam aksi MFL sebentar tadi

PETALING JAYA – Pasukan Penang FC (PFC) berjaya mengejutkan pasukan Selangor FC (SFC) dengan keputusan 2-0 dalam aksi yang penuh mendebarkan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Meskipun menyerang secara berterusan di separuh masa kedua perlawanan, SFC yang ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama terus buntu mendapatkan jaringan.

PFC berjaya mendahului perlawanan selepas Al-Hafiz Harun menjaringkan gol pada minit ke-37 dengan menewaskan penjaga gol SFC, Khairul Azhan.

SFC yang ketinggalan terus tampil dengan lebih garang pada babak kedua menerusi beberapa percubaan yang dilakukan barisan penyerangnya.

PFC berjaya mengejutkan SFC 2-0 dalam aksi MFL sebentar tadi

Bagaimanapun, gol penyamaan yang diharapkan tidak kunjung tiba sebaliknya SFC dihukum dengan jaringan kedua oleh PFC menerusi Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-73.

Sebahagian aksi menarik kedua-dua pasukan

Dengan kemenangan ini menyaksikan PFC di bawah kendalian Tomas Trucha berjaya meraih kemenangan pertama selepas gagal mengutip mata penuh dalam tiga perlawanan terdahulu.

Manakala pasukan ‘The Red Giants’ pula terus keciciran mata dengan hanya berjaya meraih satu kemenangan pada musim ini ketika menentang Sri Pahang FC.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here