Pencipta kaset meninggal dunia pada usia 94 tahun

0
188
Pita kaset yang cukup popular terutama selepas pengenalan Walkman oleh Sony.

CYBERJAYA – Pencipta kaset audio, Lou Ottens meninggal dunia pada usia 94 tahun di kediamannya di Duizel, Belanda baru-baru ini.

Ottens mencipta medium pita rakaman muzik paling popular dan berpengaruh itu sekitar 1960-an, selepas ‘rimas’ dengan teknologi sebelumnya yang terlalu besar dan tidak mesra pengguna.

Hasil ciptaan bekas Ketua Pengembangan Produk di bahagian Belgian Hasselt syarikat elektronik Philips itu dianggap sebagai ikon terbesar yang melonjak industri muzik.

Sejak penciptaan kaset, dianggarkan lebih daripada 100 bilion kaset dijual di seluruh dunia sebelum kemunculan era cakera padat (CD), yang juga dihasilkan oleh Ottens bersama pasukannya.

Populariti kaset dikatakan melonjak selepas kemunculan pertamanya di Ekspo Radio Elektronik Berlin di Jerman yang membawa kepada kerjasama antara Philips dengan Sony.

Selepas era kaset, teknologi CD yang dibangunkan Ottens direkodkan terjual sehingga lebih 200 bilion.

Ottens bersara pada 1982, empat tahun selepas pengenalan pemain cakera padat secara meluas di seluruh dunia.

Pemain kaset yang popular sebelum kemunculan CD.
Pita kaset yang kini semakin popular dalam kalangan pengumpul media muzik fizikal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here