Perdana Menteri selamat terima suntikan dos kedua vaksin Covid-19

0
88
Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan poster yang beliau sudah menerima suntikan kedua vaksin Covid-19

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini selamat menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya di sini.

Selain beliau, turut menerima suntikan tersebut adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan empat petugas kesihatan.

Mereka yang menerima suntikan itu ialah Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 9, Dr Tan Yee Ling; Jururawat di Klinik Kesihatan Presint 9, Sheilla Mellissa Sikin; Penolong Pegawai Perubatan di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Khairul Asraf Mohd Yasin dan pemandu di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Clement Marai Francis.

Selain itu, turut hadir ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menerima suntikan kedua vaksin Covid-19

Menurut Dr Noor Hisham, dua orang vaksinator yang bertugas pada hari ini adalah Ketua Jururawat Kesihatan, Pejabat Kesihatan Putrajaya, Lina Ibrahim dan jururawat Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya, Mazirah Mokhtar.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sehingga semalam, seramai 5,742,572 individu telah berdaftar melalui sistem MySejahtera untuk vaksinasi Covid-19.

Katanya, secara kumulatif 346,508 individu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 di seluruh negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here