PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor ditamatkan

0
102
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Selepas lebih sebulan, akhirnya status empat negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ditukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri lain iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal di bawah PKPB.

“Enam negeri PKPB iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrayaja dan Labuan ditukar status kepada Peringkat Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Pelaksanaan PKPB dan PKPP bagi negeri ini berkuat kuasa 5 Mac hingga 18 Mac ini kecuali Sarawak bermula 2 Mac hingga 15 Mac ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berhubung perkembangan pelaksanaan PKP hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here