PM sedar masih ramai rakyat susah

0
64
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasssin

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedar bahawa masih ramai rakyat berada dalam kesusahan walaupun kerajaan telah menyalurkan pelbagai bantuan.

Muhyiddin berkata, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi setiap minggu dan dalam mesyuarat yang terakhir dilaporkan bahawa jumlah rakyat yang jatuh miskin akibat pandemik Covid-19 telah meningkat. 

“Mereka yang dahulunya berada dalam kumpulan T20 sebahagiannya telah menjadi M40 dan sebahagian kumpulan M40 telah menjadi kumpulan B40. 

“Mereka yang berada dalam kumpulan B40 pula menjadi bertambah miskin kerana kesan penguncupan ekonomi yang sedang dialami oleh negara kita,” katanya dalam Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin.

Menurut Muhyiddin, Kabinet juga telah membincangkan secara mendalam masalah kemiskinan yang sedang berlaku di Malaysia dan beliau dipertanggungjawbkan untuk mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kemiskinan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here