Polis beri amaran denda kepada penjual di lampu isyarat

0
189
Aktiviti berniaga di kawasan lampu isyarat yang semakin menjadi-jadi di negara ini.

KOTA BHARU-Polis tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan kepada pembeli dan penjual makanan di persimpangan lampu isyarat bermula minggu ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan kerana perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan.

Menurutnya, jika didapati bersalah penjual dan pembeli terbabit boleh dihadapkan ke mahkamah dengan jumlah denda sehingga RM2,000.

“Sebelum ini pihak polis telah turun padang memberikan nasihat dan peringatan kepada mereka yang terlibat menjual di lampu-lampu isyarat.

“Bermula minggu ini, polis akan mengambil tindakan kerana perbuatan ini adalah satu kesalahan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Katanya, tindakan boleh diambil terhadap pembeli dan peniaga di lampu isyarat mengikut Akta Lalulintas Jalan Raya dan tindakan boleh dikenakan di bawah 10A (1) LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya.

Pada Isnin, media melaporkan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bukan sahaja penjual tetapi pembeli juga berdepan saman sehingga RM2,000 jika didapati bersalah membeli dan menjual produk di persekitaran lampu isyarat.

Katanya, aktiviti perniagaan itu adalah satu kesalahan kerana ia bukan sahaja membahayakan penjual, tetapi juga pengguna jalan raya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here