Polis bukan ‘kejam’ – Ketua Polis Negara

0
79
Laporan sebuah media yang melaporkan pengemis di Lahad Datu dikompaun RM10,000 menimbulkan simpati banyak pihak

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa polis bertindak ‘kejam’ dengan menangkap pengemis di Lahad Datu, Sabah dan mengenakan kompaun RM10,000.

Beliau berkata, terdapat pihak yang cuba mengambil untuk popular dan melontar pelbagai tuduhan liar.

“Orang ambil kesempatan, ada yang nak popular, lontar pelbagai tuduhan liar kemudian sembunyi tangan. Contohnya macam kes di Lahad Datu kononnya polis tangkap ramai pengemis di sana.

“Sebenarnya warga Pala’u ini mengemis beramai-ramai hampir di setiap lampu isyarat di sana, jadi polis pergi tangkap, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang virus sedang menular. Di Sabah sekarang kes sudah menurun tinggal 35 dan kami hendak turunkan lagi.

“Sehubungan itu polis kena ambil tindakan untuk elak mereka berkeliaran, mereka mungkin dijangkiti. Jadi kami tangkap, namun yang keluar dalam berita mengatakan polis kenakan tindakan kompaun RM10,000,” katanya seperti dipetik daripada laporan Bernama.

Abdul Hamid berkata, pengemis yang ditangkap itu sebenarnya ditahan di bawah Akta Imigresen.

Katanya, mereka kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk perlindungan.

“Tidak ada niat pun hendak kompaun, kami tahu takkan mereka mampu, RM5 pun mereka tidak ada, usahkan RM10,000.

“Jadi nak kata polis kejam tidak adillah,” katanya.

Tambah, Abdul Hamid, anggapan seperti ‘polis kejam’ kerana mengenakan tindakan tegas, termasuk kompaun adalah tidak wajar kerana setiap tindakan dilakukan mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dalam usaha untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Beliau menegaskan polis hanya bertindak sebagai pasukan yang membantu pelaksanaan undang-undang di bawah Akta 342 berhubung kawalan penyakit berjangkit.

Baru-baru ini tukar satu berita oleh media tempatan di negeri itu yang mendakwa pengemis di Lahad Datu ditahan dan dikenakan kompaun RM10,000.

Laporan tersebut yang turut menunjukkan seorang pengemis wanita yang sedang mendukung seorang bayi yang hampir terlucut daripada dukungannya ketika ditahan polis, menimbulkan simpati orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here