Polis jejak pesakit bayar bil guna wang palsu

0
174

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang pesakit di sebuah hospital swasta di sini yang membuat pembayaran menggunakan wang palsu, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wang palsu dalam not RM100 itu dipercayai diterima oleh kakitangan kaunter bayaran daripada seorang pesakit yang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai kewangan hospital di Balai Polis di sini pada hari yang sama
.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Wazir berkata, pihaknya sedang mengenal pasti individu terbabit termasuk membuat semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di premis hospital terbabit.

Katanya, mana-mana pihak yang didapati menggunakan wang palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here