Polis tahan bekas Presiden kelab Barcelona, 3 lagi

0
88
Josep Maria Bartomeu

BARCELONA – Bekas presiden kelab bola sepak Barcelona, Josep Maria Bartomeu ditahan polis oleh kerana penglibatan beliau dalam skandal ‘Barcagate’.

Menurut portal Daily Mail, turut ditahan adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab tersebut, Oscar Grau; ketua bahagian undang-undang, Roman Gomez Ponti; dan penasihat Bartomeu, Jaume Masferrer.

Skandal ‘Barcagate’ merupakan satu kempen memburukkan para bekas pemain dan pemain kelab yang mempunyai pandangan kritikal terhadap kelab dan presiden pada ketika itu, iaitu Bartomeu.

Antara individu yang terjejas akibat kempen ini termasuk bintang Barca, Lionel Messi dan bekas kapten, Xavi.

Laporan media tempatan menyebut, pada September lalu, pihak polis Catalan telah memfailkan laporan kepada hakim yang menyiasat perlakuan kelab Barcelona dalam melantik syarikat perunding media sosial, I3 Ventures.

Laporan tersebut antara lain menyebut bahawa terdapat kemungkinan ‘jenayah ekonomi’ dilakukan.

Antara tuduhan yang dinyatakan termasuk pihak kelab membayar syarikat itu pada harga 600 peratus lebih daripada harga biasa bagi memantau akaun media sosial Barcelona.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here