Potongan 50 peratus kompaun ingkar PKP

0
71
Takiyuddin Hassan

PUTRAJAYA – Kompaun ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak RM10,000 boleh dikurangkan sehingga 50 peratus sekiranya dibayar dalam tempoh seminggu atau 25 peratus jika dibayar pada hari kelapan sehingga hari ke 14.  

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tawaran potongan harga itu diberikan bagi mengurangkan beban ditanggun mereka yang dalam kalangan OKU atau rakyat miskin.

“Seseorang individu atau syarikat yang disaman dan dikenakan amaun tertentu, jika mereka membayar dalam tempoh satu ke tujuh hari, secara automatik dapat diskaun 50 peratus,” katanya dalam sidang media hari ini.

Takiyuddin berkata, terdapat tiga kategori yang boleh dikenakan kompaun iaitu tahap tinggi, sederhana dan normal.

Beliau berkata, terdapat salah faham dalam isu kompaun ingkat PKP kerana yang ditulis pada kertas saman adalah jumlah maksimum kompaun.

“Jadi, dengan keluarnya garis panduan ini, bermula hari ini 17 Mac termasuk saman yang dikeluarkan sebelum ini, boleh bayar untuk mendapatkan 50 peratus,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here