Produk IKS ‘serbu’ Malakat Mall Masjid Tanah

0
223

Noor Herdawaty Zakaria menilai prosuk yang dibawakan oleh vendor di Malakat Mall Masjid Tanah

MASJID TANAH – Vendor produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ‘menyerbu’ Malakat Mall Masjid Tanah (MMMT) pada Khamis lalu.

Kesemua mereka datang mencuba nasib untuk memasarkan produk masing-masing di pusat beli belah berkenaan yang dibuka sejak 13 Mac lalu.

Rata-rata mereka datang membawa produk masing-masing seperti seperti sabun, krim, sambal, kerisik, rempah, kerepek dan keropok untuk meneroka pasaran baharu.

Malakat Mall Masjid Tanah

Menurut perkongsian Malakat Mall di laman Facebooknya, vendor berkenaan turut membawa Sijil SSM, profil syarikat dan sebut harga produk.

“Semua vendor datang dengan sampel produk, sijil SSM, profil syarikat dan sebut harga produk,” katanya dalam perkongsian di laman Facebook.

Semua vendor yang datang ke Malakat Mall Masjid Tanah itu telah berurusan dengan Pegawai Pembangunan Vendor, Noor Herdawaty Zakaria

Malakat Mall menawarkan tempat kepada produk IKS

Malakat Mall juga turut meninggalkan pesanan agar, vendor yang ingin datang ‘pitching’ hanya perlu membawa sedikit sahaja produk yang ingin dipasarkan.

Sijil SSM pula katanya, perlu dibawa sebagai bukti bahawa syarikatnya wujud secara sah, profil syarikat juga memadai diisi dalam sehelai kertas seperti latar belakang syarikat dan nama tuan punya serta rakan kongsi jika ada.

“Sebut harga pula bermakna harga jualan produk dan harga yang ditawarkan kepada kami. Kalau tak ada lagi sijil halal Jakim, tak apa dulu. Itu kita kira kemudian bila dah maju esok,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here