Program Pemerkasa sokong proses pemulihan ekonomi negara

0
108
Orang ramai dan pelancong memakai penutup hidung dan mulut berikutan penularan Virus Korona ketika tinjauan di sekitar perkarangan KLCC.

CYBERJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) bagi menyokong proses pemulihan ekonomi negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pemerkasa secara keseluruhannya bernilai RM20 bilion, dengan suntikan fiskal baharu berjumlah RM11 bilion.

Program dengan lima fokus utama itu akan menumpukan kepada 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan akibat Covid-19.

“Pada masa ini, negara kita sedang berada pada tahapo kelima Strategi 6R Pelan Komprehensif Pemulihan Ekonomi, iaitu Revitalise atau Memperkasa ekonomi.

“Pada tahap ini, strategi pemulihan ekonomi ditumpukan kepada usaha untuk merancak dan melonjakkan semula aktiviti ekonomi, atau jump start the economy,” kata Muhyiddin ketika mengumumkan program itu, hari ini.

Antara inisiatif yang diumumkan termasuk:

1) Pemberian bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada golongan B40, dan tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 ke bawah,

2) Kenaikan peruntukan bagi program imunisasi daripada 3 bilion kepada 5 bilion ringgit untuk mempercepatkan sasaran imunisasi berkelompok pada Disember 2021, berbanding sasaran awal iaitu pada suku pertama tahun 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here