Promosi menarik produk F&B sempena pembukaan Malakat Mall Masjid Tanah

0
220
Malakat Mall Masjid Tanah

CYBERJAYA- Para pelanggan bakal menikmati pelbagai promosi menarik untuk produk makanan dan minuman (F&B) sempena pembukaan Malakat Mall Masjid Tanah pada Sabtu ini.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari berkata, promosi menarik itu melibatkan tawaran potongan harga dan beli satu percuma satu.

Aziz Juhari

Aziz berkata, pelbagai jenama rangkaian Malakat Food dibawa untuk pelanggan di Malakat Mall Masjid Tanah seperti Bunch-Oh, Tea Amo, Pollo Pizza dan Red Hots.

“Kita bawakan menu wajib cuba untuk pelanggan di Malakat Mall Masjid Tanah, kita ada pelbagai menu di Bunch-Oh, minuman Tea Amo, Pollo Pizza buatan sendiri dan Red Hots.

Antara minuman yang terdapat di Tea Amo, Malakat Mall

“Lebih menarik kita tawarkan promosi untuk pelanggan, antaranya beli satu percuma satu untuk Pollo Pizza bagi pelbagai saiz dan potongan 50 peratus untuk belian kedua Tea Amo.

“Selain itu kita juga bawakan jenama-jenama menarik lain seperti Kapten Fried Chicken, Burger Boy dan juga roti canai terbang dari The Tarik Corner (TTC) kepada pelanggan.

Antara menu di Bunch-Oh

 “Jadi orang Melaka khususnya di Masjid Tanah, jangan lepaskan peluang ini. Datang beramai-ramai, apa yang pasti, harga yang ditawarkan amat berpatutan,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Mengulas mengenai persiapan restoran Bunch-Oh di Malakat Mall Masjid Tanah, Aziz berkata, persiapan akhir sedang rancak dilakukan ketika ini menjelang hari pembukaan.

Staf sedang mengikuti latihan menjelang pembukaan Bunch-Oh Malakat Mall Masjid Tanah

“Alhamdulillah, semua pekerja kita di sana (Malakat Mall Masjid Tanah) adalah orang Melaka. Mereka kini sedang menjalani pelbagai latihan yang diperlukan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here