Restoran Bunch-Oh Malakat Mall Masjid Tanah dapat sambutan luar biasa

0
723
Restoran Bunch-Oh Malakat Mall Masjid Tanah sentiasa dipenuhi pelanggan

MASJID TANAH – Restoran Bunch-Oh di Malakat Mall Masjid Tanah menerima sambutan luar biasa daripada pelanggan sejak hari pembukaannya pada 13 Mac lalu hingga ke hari ini.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food Sdn Bhd, Aziz Juhari berkata, pihaknya menerima kehadiran pelanggan yang begitu ramai sejak dibuka pukul 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food Sdn Bhd, Aziz Juhari

“Kita di Malakat Mall Masjid Tanah menerima sambutan luar biasa daripada para pelanggan. Sejak buka 13 Mac lalu, pelanggan penuh sejak pukul 8 hingga 10 malam setiap hari.

“Saya difahamkan, mereka (pelanggan) bukan dari sekitar Masjid Tanah sahaja tetapi seluruh Melaka datang untuk memberi sokongan kepada Malakat Mall,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Chicken Chop menjadi antara menu yang mendapat permintaan tinggi

Menurut Abdul Aziz, selain Restoran Bunch-Oh, Malakat Grocer juga menerima sambutan yang sama kerana sentiasa dipenuhi pelanggan sehingga hampir tamat operasi.

Selain itu katanya, antara menu yang paling mendapat sambutan di Restoran Bunch-Oh Malakat Mall ialah Chicken Chop, roti canai dan juga hidangan premium yang baharu dilancarkan.

“Chicken Chop paling laris di Malakat Mall Masjid Tanah…kita jual pada harga promosi iaitu RM16.90 untuk satu dan RM20 untuk dua hidangan. Kalau beli dua pasti lagi untung dan jimat.

“Untuk menu Chicken Chop, kita sudah jual kira-kira 150 kilogram ayam. Setiap hidangan seberat 150 gram. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan daripada pelanggan.

Steak Black Angus Ribeye

“Untuk premium Steak Black Angus Ribeye 200 gram, kita jual pada harga RM48.70 sahaja dan sambutannya amat baik. Sejak semalam untuk menu ini kita sudah jual 30 pinggan,” katanya.

Ketika mengulas maklum balas pelanggan, Aziz berkata, ada pelanggan yang meminta agar roti canai dibuat sehingga waktu malam dan bukannya waktu tertentu sahaja seperti sebelum ini.

“Mereka kata susah nak dapat roti canai Melayu yang sedap seperti di Bunch-Oh. Jadi, kita akan pertimbangkan permintaan ini demi memenuhi kehendak pelanggan di sini, kita tunggu selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Aziz mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kerana memilih untuk makan Restoran Bunch-Oh dan berbelanja Malakat Mall.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here