[VIDEO] Sebuah helikopter terhempas, lima mangsa selamat

0
256
Keadaan helikopter yang terhempas pagi tadi. Gambar ihsan bomba

PETALING JAYA – Sebuah helikopter yang membawa tiga penumpang bersama seorang jututerbang dan pembantunya terhempas di kawasan kargo Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang dekat sini sebentar tadi.

Sebuah helikopter terhempas, lima mangsa selamat

Dalam kejadian pukul 9.25 pagi itu, kelima-lima mangsa terselamat dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, juruterbang dan pembantunya yang berusia 55 hingga 53 tahun mengalami kecederaan patah kaki.

Bomba menyelamatkan mangsa nahas tersebut

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika helikopter jenis Airbus H125 menerbangkan lima lelaki warga tempatan.

Keadaan helikopter yang terhempas pagi tadi

Berikutan itu, petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu bomba LTSAAS dalam operasi menyelamat.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here