Selangor dahului suntikan vaksin Covid-19

0
51
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Selangor merekodkan jumlah penerima vaksin tertinggi di negara ini daripada jumlah keseluruhan 367,213 penerima melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, Selangor mencatatkan pemberian vaksin paling tinggi iaitu 45,854 individu diikuti Perak (42,227), Sabah (36,443), Kuala Lumpur (33,500) dan Sarawak (32,665).

“Sementara itu di Johor 27,131 individu telah menerima dos pertama vaksin diikuti Pahang (26,574), Kedah (25,492), Pulau Pinang (22,037), Kelantan (17,904) dan Negeri Sembilan (15,958).

“Di Terengganu pula seramai 15,726 individu; selain Melaka (9,954), Perlis (8,795), Putrajaya (4,611) dan Labuan (2,342),” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya hari ini.

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari itu menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here