Selepas lebih 3 minggu ‘lari’, lelaki murtadkan isterinya ditahan polis

0
854
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Selepas hampir tiga minggu melarikan diri, akhirnya seorang lelaki India yang didakwa memurtadkan isterinya berjaya ditahan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan pada pukul 12.05 tengah hari tadi dan telefon bimbitnya turut dirampas.

“Suspek telah memuat naik video berdurasi 3 minit 11 saat melalui platform YouTube atas nama pemilik Happy Family Malaysia pada pertengahan Februari tahun ini.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman menyiasat kes itu di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, Seksyen 298 dan Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bulan lalu, tular sebuah video tiga minit 26 saat memaparkan seorang lelaki mengaku memurtadkan seorang wanita Islam, dipercayai isterinya.

Dalam pada itu, katanya, permohonan terhadap suspek terbabit dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah pada hari ini.

Pada masa sama, katanya, polis juga kini dalam usaha mengenal pasti dan mengesan sama ada terdapat individu lain turut terlibat dalam kes ini.

Sementara itu, Huzir menasihatkan orang ramai menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan pltaform itu sehingga boleh menimbulkan kegusaran serta menggangu gugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam ketenteraman dan keselamatan awam.” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here