Shah Firdaus kejutkan The Pocket Rocketman

0
291
Pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom

CYBERJAYA – Pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom muncul juara dalam acara keirin di Kejuaraan Victoria 2021 semalam.

Shah Firdaus berjaya mengatasi pelumba elit negara, Mohd. Azizulhasni Awang yang menamatkan saingan di tempat kedua.

Sementara itu, pelumba Victorian Institute of Sport (VIS), Ned Pollard menduduki tangga ketiga dalam perlumbaan akhir itu.

Mohd. Azizulhasni dalam hantaran di Facebooknya, memuji rakan sepasukannya itu yang menunjukkan potensi besar.

“Shah Firdaus membuktikan yang beliau juga mempunyai potensi besar untuk membawa kejayaan di Olimpik Tokyo nanti, selepas mengalahkan saya dalam acara keirin hari ini (semalam). 

Mohd Azizulhasni dan Shah Firdaus bersama penyokong Malaysia selepas perlumbaan akhir semalam

“Beliau beraksi dengan cemerlang untuk merangkul kejayaan di tempat pertama, saya di tempat kedua manakala Ned Pollard dari Victorian Institute of Sport (VIS) di tempat ketiga,” katanya.

Dalam hantaran yang sama, Mohd. Azizulhansi yang dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’ mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang memberi sokongan kepada mereka berdua.

“Jutaan terima kasih daripada saya kepada semua yang datang (penyokong) memberikan sokongan kepada kami berdua tadi. Malaysia Boleh,” katanya.

Dua pelumba berkenaan yang sedang membuat persiapan ke Olimpik sebelum ini meraih kedudukan 1-2 (Azizul-Shah Firdaus) pada Kejohanan Trek Elit Victoria minggu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here