Sijil perakuan vaksinasi digital Malaysia dan Singapura manfaatkan teknologi blockchain

0
83

CYBERJAYA – Sijil perakuan vaksinasi bagi Malaysia dan Singapura akan memanfaatkan teknologi blockchain bagi memenuhi piawaian data yang ditetapkan oleh pertubuhan antarabangsa dan negara lain.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaludin dalam satu paparan di laman Facebook milik beliau berkata, perkara tersebut merupakan antara isi perbincangan beliau dengan Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan, semalam.

Dr. Vivian tiba di Malaysia dalam rangka lawatan kerja beliau, yang turut meliputi Brunei Darussalam dan Indonesia.

“Kerjasama kedua-dua buah negara adalah penting bagi memastikan paiwaian yang ditetapkan termasuklah daripada WHO, IATA dan negara-negara lain diambil kira,” kata Khairy dalam paparan tersebut.

Difahamkan, antara maklumat yang turut direkodkan pada sijil itu nanti termasuk nombor siri keluaran vaksin yang disuntik pada penerima.

Kata Khairy lagi, antara isi perkara yang diperbincangkan adalah termasuk pengalaman dan amalan negara masing-masing mengenai pelaksanaan program imunisasi Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here