Solat terawih berjemaah, bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri dibenarkan sepanjang Ramadan ini

0
375
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sempena sambutan bulan Ramadan tidak lama lagi, kerajaan membenarkan solat terawih secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Walaubagaimanapaun, jumlah kehadiran jemaah adalah tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri.

Selain itu, katanya, turut dibenarkan ialah
operasi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh negara sepanjang Ramadan ini.

“Apa yang penting adalah prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi sepenuhnya, antaranya seperti lokasi di kawasan terbuka, menyediakan laluan sehala- pintu masuk dan keluar
berbeza dan pendaftaran My Sejahtera di pintu masuk.

“Waktu operasi bazar Ramadan pula adalah dari jam 3
petang hingga 8 malam dan bazar Aidilfitri dari jam
10 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Gambar hiasan

Menyentuh mengenai lokasi tapak jualan, katanya ia
akan ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri masing-masing.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here