Sonny Bill Williams umum bersara dalam dunia ragbi

0
118
Bintang rugbi New Zealan yang berama Islam ini mengumumkan persaraannya dalam dunia ragbi

LONDON- Bintang ragbi New Zealand yag beragama Islam, Sonny Bill Williams mengesahkan persaraan dalam dunia ragbi.

Bintang All Black yang berumur 35 tahun itu dilaporkan mahu kembali kepada karier lamanya sebagai petinju.

Sepanjang kariernya bersama All Black Sonny Bill Williams pernah memenangi Piala Dunia sebanyak dua kali iaitu pada 2011 dan 2015.

Menurut laporan Nine Network, Sonny Bill William sebelum ini pernah bertarung sebagai petinju antara tahun 2009 sehingga 2015.

“Saya mahu kembali semula ke gelanggang, saya ada tempoh beberapa tahun lagi. Saya berbincang dengan isteri dan seperti biasa, dia sentiasa memberi sokongan kepada saya,” katanya kepada Nine Network.

Menurut Sonny Bill Williams, masalah di bahagian lutut menyebabkan dia tidak berupaya meneruskan karier dalam sukan ragbi.

“Terima kasih kepada orang ramai dan penyokong yang memberi sokongan kepada saya selama ini.

“Kepada rakan sepasukan, terima kasih kerana memberi tunjuk ajar dan membantu saya selama ini. Ia bukanlah perjalanan karier yang sempurna tetapi segala pengalaman itu membuatkan saya berasa bangga,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here