SPRM tahan ketua jabatan di Sabah minta rasuah seks

0
384
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Seorang pejawat awam sebuah jabatan kerajaan negeri di Keningau ditahan kerana disyaki meminta rasuah berbentuk perkhidmatan seks daripada seorang wanita.

Memetik laporan Kosmo Online, lelaki berusia 51 tahun yang bertugas sebagai ketua jabatan di daerah itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kira-kira pukul 3.30 petang semalam di sebuah hotel daerah sama

Menurut sumber, perkhidmatan seks terbabit adalah sebagai suapan untuk suspek memberikan sokongan kepada wanita berkenaan bagi mendapatkan pinjaman pertanian.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Suspek telah ditahan selama sehari untuk diambil keterangan, namun dilepaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM10,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya dalam kenyataan media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here