Tahniah dan terima kasih bawa Malakat Mall ke Masjid Tanah- Mas Ermieyati

0
206
Malakat Mall Masjid Tanah

MASJID TANAH – Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim kerana membawa Malakat Mall ke Masjid Tanah.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkata, rata-rata penduduk Masjid Tanah yang ditemuinya menyatakan rasa syukur dan gembira dengan pembukaan Malakat Mall di kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Beliau berkata, kuasa membeli masyarakat Masjid Tanah juga baik kerana kebanyakan barang yang diletakkan di rak di Malakat Mall Masjid Tanah banyak ‘licin’ dibeli oleh para pelanggan.

“Pagi ini (semalam) saya saja terjah ke Malakat Mall…MasyaAllah pukul 10 pagi pun dah ramai yang membeli barang keperluan. Saya tengok harganya pun murah. Ayam RM6.30 sekilogram, ikan dan barang basah yang lain pun murah juga.

Pelanggan memilih ayam segar di Malakat Mall Masjid Tanah

“Sempat saya hubungi Coach Fadzil Hashim. Sudah selesai tawaf satu Malakat Mall baru saya maklumkan pada dia. Bukan apa, saya nak tengok sendiri macam mana sambutan masyarakat terhadap Malakat Mall ini.

“Teringat sewaktu saya melawat ke pejabat Coach Fadzil awal tahun 2020 di Cyberjaya. Bincang panjang lebar bagaimana hasrat menyokong merealisasikan pembukaan Malakat Mall Di Masjid Tanah. 

“Kemudian saya lihat sendiri kesungguhan dan komitmen mereka membuka Malakat Mall di Cyberjaya. Pelbagai jenama dan Produk islam bumiputera boleh diperolehi di sana. Seronok sungguh melihat suasana begitu,” katanya dalam hantaran di Facebooknya semalam.

Menurut Mas Ermieyati, Malakat Mall di Masjid Tanah baharu sahaja dibuka sejak Sabtu lalu dan pasukan pusat beli belah itu juga tidak menang tangan dengan sambutan orang Masjid Tanah.

Malakat Mall Masjid Tanah dibuka kepada pelanggan sejak Sabtu lalu

“Insya-Aallah sebarang kekurangan akan diberi perhatian oleh pihak pengurusan dan saya percaya mereka akan menambah baik keadaan ini daripada semasa ke semasa. Tapi rata-rata yang saya tanya tadi hampir semua nyatakan kegembiraan dan bersyukur dengan pembukaan Malakat Mall di Masjid Tanah.

“Barang yang diletakkan atas rak juga banyak yang licin. Menunjukkan kuasa membeli orang kita juga boleh tahan. Insya-Allah saya doakan semoga Malakat Mall Masjid Tanah akan berjaya. 

“Malah produk orang kita juga akan berkembang maju dengan adanya sokongan bersama dari Malakat Mall ini. Terutama sekali usahawan Untuk produk IKS dari Masjid Tanah,” katanya.

Usahawan yang berminat untuk memeasrkan produk ke Malakat mall boleh menhubungi nombor yang berkenaan.

Semantara itu katanya, sekiranya ada usahawan produk industri kecil dan sederhana (IKS) yang ingin memasarkan produk ke Malakat Mall mereka boleh menghubungi Puan Herda di talian 012-6271146 .

“Akhir sekali, terima kasih, setinggi tahniah dan penghargaan buat Coach Fadzil, Efizah Mohtar Rasali dan seluruh pasukan Malakat Mall serta insan-insan yang sebelum ini bertanggungjawab membantu membawa Malakat Mall ke Masjid Tanah.

“Bukan mudah untuk usaha ini, tapi akhirnya Malakat Mall tersergam menjadi realiti. Jangan lupa juga menjadi sebahagian dari keluarga dan pemilik Malakat Mall ini dengan menyertai Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) . Teruskan membeli belah di Mall Milik kita,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here