TH umum agihan keuntungan 3.10%

0
73

CYBERJAYA – Tabung Haji mencatatkan agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus pada tahun kewangan berakhir Disember 2020.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, peratusan itu adalah lebih tinggi berbanding tahun 2019 iaitu sebanyak 3.05 peratus.

“Pendeposit TH dapat menikmati keuntungan yang lebih baik bagi tahun 2020 walaupun berdepan ekonomi kurang baik tahun lepas.

“Sebagai institusi yang memegang amanah mengurus hampir RM77 bilion deposit umat Islam Malaysia, saya akan memastikan TH melaburkan dana ini dengan selamat agar kekal mampan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Jelas beliau, jumlah deposit di institusi itu mencapai tahap tertinggi dalam sejarah pada 26 Februari 2021 lalu iaitu sebanyak RM76.7 bilion. Hal ini sekaligus mencerminkan keyakinan pendeposit terhadap TH dan Kerajaan Malaysia akan terus kekal utuh, ujarnya.

Para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan dalam akaun masing-masing selepas pukul 12 tengah hari esok, 3 Mac.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here