Thailand batal pemberian vaksin AstraZeneca

0
137
Gambar hiasan

BANGKOK – Thailand membatalkan pemberian vaksin AstraZeneca kepada Perdana Menterinya, Prayuth Chan-ocha selepas tiga negara Eropah menangguhkan pemberian vaksin jenis itu berikutan kebimbangan mengenai darah beku.

Memetik laporan Financial Times, Prayuth sebelum ini dijadualkan menerima suntikan vaksin tersebut pada pukul 9 pagi.

Pihak berkuasa Thailand berkata, langkah berjaga-jaga itu diambil selepas pihak berkuasa di Denmark, Norway dan Iceland semalam menggantung penggunaan vaksin itu.

Negara tersebut sebelum ini telah berjaya memperoleh sebanyak 61 juta dos vaksin jenis berkenaan yang mana vaksin fasa pertama jenis itu tiba pada bulan lepas.

Bagaimanapun, kebanyakannya dikeluarkan oleh syarikat farmasi Siam Bioscience yang dimiliki oleh jutawan negara itu, Maha Vajiralongkorn.

Terdahulu,  Denmark mengumumkan penangguhan pemberian vaksin itu ekoran beberapa kes pembekuan darah yang serius dilaporkan selepas suntikan vaksin itu. 

Kenyataan Lembaga Kesihatan Denmark menyebut tindakan itu merupakan langkah pencegahan dan kaitan antara kesan pembekuan darah dengan pengambilan vaksin masih belum ditentukan secara sah.

Sehingga 9 Mac, 22 kes pembekuan darah dilaporkan dalam kalangan lebih tiga juta penerima vaksin di kawasan ekonomi Eropah, kata Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here