Tiada cukai baharu sehingga ekonomi benar-benar pulih

0
55
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kerajaan akan menunggu sehingga situasi ekonomi negara benar-benar pulih sebelum sebarang cukai baharu diperkenalkan..

Keputusan itu didedahkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz dalam satu temubual bersama Bloomberg Television, hari ini.

Kata Tengku Zafrul, kementeriannya sedang mengkaji kemungkinan untuk mengenakan cukai kepenggunaan tetapi memutuskan bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk memperkenalkan sebarang cukai baharu.

“Selepas ekonomi pulih, kita memang perlu untuk melihat semula kepada usaha meluaskan perolehan kerajaan,” kata Tengku Zafrul.

Beliau menambah, pada waktu ini, pihak kerajaan memfokuskan untuk memberi lebih banyak perhatian kepada sektor-swektor yang terjejas akibat Covid-19, seperti sektor pelancongan dan peruncitan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here