Tiada rakyat Malaysia di Korea Utara

0
176
Korea Utara mengumumkan negara itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia

CYBERJAYA – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di Korea Utara ketika ini.

Kementerian itu juga mengesahkan Malaysia sudah menutup pejabat kedutaan di Pyongyang dan semua kakitangannya sudah pulang ke negara ini.

Menurut laporan Berita Harian, operasi Kedutaan Malaysia di negara itu sudah digantung sejak 2017 dan tiada lagi kakitangan kedutaan berada di sana kerana mereka sudah dibawa pulang sejak itu.

“Semakan juga mendapati, tiada rakyat Malaysia yang berdaftar bekerja atau menetap di Korea Utara setakat ini,” katanya wakil kementerian seperti dilaporkan Berita Harian.

Mengenai rakyat Korea Utara yang bekerja atau menetap di negara ini, difahamkan buat masa ini Wisma Putra sedang membuat semakan dan mengumpulkan maklumat daripada jabatan-jabatan berkaitan.

Jumaat lalu, Korea Utara mengumumkan negara itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Ia sebagai tindak balas atas tindakan Malaysia mengekstradisi seorang rakyat Korea Utara ke Amerika Syarikat (AS), awal bulan ini.

Susulan itu, pada hari sama kerajaan Malaysia mengarahkan semua kakitangan diplomatik kedutaan Korea Utara dan ahli keluarga mereka di Kuala Lumpur meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here