Tikus mati tidak dibuang di kawasan pemprosesan, kilang rempah diarah tutup

0
8777
Seorang penguatkuasa DBKL memeriksa rempah yang telah siap dipek di sebuah kilang memproses kilang di Taman Bamboo

KUALA LUMPUR – Kotor dan menjijikkan. Begitulah keadaan sebuah kilang memproses rempah yang bukan sahaja mempunyai tahap kebersihan premis tidak memuaskan malah terdapat bangkai tikus yang tidak dibuang di kawasan pemprosesan rempah.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), serbuan itu dilakukan oleh Unit Kawalan Makanan, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar semalam di sebuah kilang memproses rempah di Jalan Terolak, Taman Bamboo.

“Pemeriksaan oleh enam pegawai kesihatan mendapati tahap kebersihan premis tidak memuaskan.

“Terdapat urungan tikus mati dan lipas berserta najis di sekitar ruang pemprosesan makanan dan gudang serta stor produk siap,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut DBKL lagi, dalam pemeriksaan itu juga mendapati lantai, dinding serta peralatan dan kelengkapan pemprosesan kotor, berdebu dan usang.

Keadaan berdebu dan kotor tempat pemprosesan rempah di kilang tersebut
Turut dijumpai lipas yang berkeliaran dan najisnya di bahagian pemprosesan dan stor

Malah, katanya, bahan mentah dan makanan diletakkan kurang 0.45cm dari aras lantai; Selain itu, katanya, susunan stor tidak dikemas dengan baik dan tidak mengamalkan amalan masuk dahulu dan keluar kemudian (FIFO).

“Pengendali makanan seramai 25 orang (11 warga asing) bagaimanapun mempunyai suntikan tifoid dan hadir kursus pengendali makanan.

“Sehubungan itu, tindakan Perintah Penutupan Premis di bawah UUK 28(1) UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 berkuatkuasa 6 Mac 2021 dan kompaun UUKPPM (WPKL) 2016 UUK 25 (1)(c ) – JKAS 095859 telah dikeluarkan,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here