Tragedi projek SUKE: 3 pekerja warga China disahkan maut

0
235
Keadaan di lokasi kejadian kren runtuh di SUKE

KUALA LUMPUR – Pemaju projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) mengesahkan satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya di Persiaran Alam Damai, di sini, hari ini sehingga meragut nyawa tiga orang.

Menurut PROLINTAS dalam satu kenyataan, tiga pekerja pembinaan warga China meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang pengguna jalan raya pula cedera.

“Kejadian difahamkan berlaku apabila salah satu daripada komponen kren gantri terjatuh dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Susulan kejadian itu, pasukan tindak balas kecemasan SUKE bersama anggota bomba sudah menutup laluan trafik di kedua-dua hala dan kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan,” katanya.

Seorang mangsa yang terbunuh terbaring di lokasi kejadian

Dalam kejadian 8.30 pagi tadi sebuah kren ‘launcher’ yang digunakan dalam projek pembinaan lebuh raya di Persiaran Alam Damai jatuh dan menghempap sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza.

Keadaan kereta Bezza yang remuk teruk dihempap kren

Bomba dalam satu kenyataan memaklumkan, kren ‘launcher’ yang jatuh itu menghempap kenderaan itu menyebabkan pemandu seorang warga tempatan parah.

Tiga lagi mangsa adalah pekerja projek pembinaan dengan dua daripada mereka dipercayai terjatuh dari ketinggian 120 kaki (36.5 meter) dan disahkan meninggal dunia.

Seorang lagi pekerja terbabit dilaporkan tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya, dan kerja menyelamatkan mangsa sedang dijalankan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here