Tujuh lokasi catat gelombang haba tahap kuning semalam

0
242
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 7 kawasan di Semenanjung Malaysia mencatat gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat petang semalam.

Menurut laporan Bernama yang memetik kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, lokasi itu ialah Chuping, Perlis; Kota Setar, Kedah; Kuala Kangsar, Perak; Sepang, Selangor; Alor Gajah, Melaka serta Tangkak dan Batu Pahat di Johor.

Sementara itu, tiada gelombang haba dikesan di Sabah dan Sarawak dan semua kawasan di dua negeri itu merekodkan suhu maksimum harian kurang 35 darjah Celsius bagi tempoh sama.

Tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Status tahap jingga atau heatwave pula ialah apabila suhu maksimum harian yang dicatat berada di antara 38 hingga 40 darjah Celsius, manakala tahap merah (kecemasan) adalah apabila suhu melebihi 40 darjah Celsius, masing-masing bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Dalam pada itu, setakat 12 tengah hari tadi, bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di kebanyakan kawasan di Semenanjung adalah pada paras sederhana, dengan daerah Rompin, Pahang mencatat bacaan tertinggi iaitu 92, manakala rata-rata lokasi di Sabah dan Sarawak pula IPU berada pada paras baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here