Tukang gunting sebak bila tahu Malakat Mall Masjid Tanah akan dibuka

0
2880

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim meninjau persiapan akhir di Malakat Mall Masjid Tanah

MASJID TANAH – Seorang tukang gunting menangis dan sebak apabila diberitahu Malakat Mall akan dibuka di Masjid Tanah esok.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, tukang gunting itu begitu teruja dan bersemangat apabila dimaklum perkara berkenaan.

“Saya sebenarnya baru balik daripada potong rambut, semua tidak sabar kerana sudah lama bangunan milik MARA ini terbengkalai.

“Tukang gunting itu sebak apabila dengar Malakat Mall akan dibuka di sini esok di bangunan yang telah lama terbengkalai ini,” katanya.

Bahagian minuman dan makanan (F&B) juga sibuk melakukan persiapan akhir

Menurut Mohd. Fadzil, beliau mengharapkan sokongan daripada semua pihak bagi mengembalikan kekuatan ekonomi umat khususnya bangsa Melayu.

“Jadi warga Melaka serta yang berdekatan termasuk negeri Sembilan, sila datang beramai-ramai esok ke Malakat Mall Masjid Tanah.

“Zahirkan sokongan anda, bukan datang untuk membeli barangan semata-mata. Sebabnya, ini adalah permulaan kegemilangan yang kita pernah ada dahulu.

“Ayuh ajak semua datang ke Malakat Mall. Ingat jaga prosedur operasi standard (SOP), kalau boleh beratur di ‘mall’ orang lain kenapa tidak di ‘mall’ kita sendiri.

Persiapan Malakat Mall Masjid Tanah untuk menerima pelanggan esok

“Ambil peluang yang ada untuk mendaftar sebagai Ahli Kelab Malakat secara percuma dan daftar sebagai ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

“Apabila sudah mendaftar anda akan jadi pemilik bersama Malakat Mall, datang belanja dan membeli di pusat beli belah milik anda sendiri di sini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here