Turki sasar 50 juta rakyatnya divaksin menjelang September ini

0
33
Gambar hiasan

ISTANBUL – Turki mensasarkan untuk melaksanakan program pemberian vaksin kepada 50 juta rakyatnya menjelang musim luruh yang akan bermula pada September ini di negara itu.

Menurut Menteri Kesihatannya,  Fahrettin Koca, sejak program pemberian vaksin dilaksanakan di negara itu pada awal tahun ini, sebanyak 10.56 juta rakyatnya telah menerima vaksin Covid-19, iaitu antara negara tertinggi di dunia telah diberikan vaksin.

“Jika kita dapat memberikan vaksin kepada 50 juta penduduk sebelum musim luruh seperti yang dijadualkan, pandemik Covid-19 bukan lagi menjadi satu bebanan yang besar kepada kita,” katanya seperti dipetik Reuters.

Sejak wabak tersebut menular di Turki, lebih 29,000 orang meninggal dunia disebabkan Covid-19.

Sejak program pemberian vaksin dilaksanakan di negara itu, lebih 10 juta rakyatnya telah menerima vaksin Covid-19

Semalam, sebanyak 14,046 kes baharu Covid-19 dikesan di negara itu iaitu antara kes harian tertinggi.

Menurut Koca pada Rabu lalu, peningkatan mendadak itu berpunca daripada jangkitan variasi virus Covid-19 yang dikesan dari Britain, Afrika Selatan dan Brazil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here