Unit E8 berjaya tahan lelaki rancang bunuh ahli politik termasuk Tun Mahathir

0
547
DR. MAHATHIR MOHAMAD

CYBERJAYA – Pihak polis berjaya mematahkan rancangan membunuh beberapa ahli politik termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed berikutan penahanan seorang lelaki pada tahun lepas.

Menurut portal The Malaysian Insight, perkara itu didesahkan oleh penolong pengarah Unit Cawangan Khas Bahagian Counterterrorism (E8), Azman Omar, hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu merancang untuk melakukan pembunuhan tersebut sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun lepas.

“Namun, kita berjaya mematahkan rancangan tersebut berikutan penahanan lelaki itu pada Januari 2020,” kata Azman dalam satu forum, hari ini.

Selain Tun Mahathir, antara ahli politik yang disasarkan termasuk bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; bekas Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa; dan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

“Lelaki itu merancang untuk melakukan serangan secara ‘lone wolf’, dengan menikam sasarannya,” tambah Azman lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here