[VIDEO] Malakat Grocer satu gerakan bina kuasa ekonomi Muslim

0
171
Mohd. Fadzil (kiri) bersama usahawan Malakat Grocer Kota Warisan, Hafiz Syafik Abdul Manan pada pembukaan outlet tersebut, hari ini.

CYBERJAYA – Pengguna Muslim perlu melihat jenama Malakat Grocer sebagai satu gerakan yang memayungi gerakan membina kuasa ekonomi orang Islam di dalam negara.

Kata Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim, sehubungan itu, para pengguna perlu memberi sokongan padu kepada gerakan ini.

Pembukaan Malakat Grocer Kota Warisan

“Malakat Grocer merupakan jenama yang memayungi kebangkitan pengambilan kuasa belanja runcit para pengguna Islam (dalam negara ini).

“(Jadi) kita perlu ambil peluang untuk bersama-sama membina (satu) jenama yang kita kongsi bersama,” kata Mohd. Fadzil ketika merasmikan pembukaan cawangan keenam Malakat Grocer di Kota Warisan, Sepang, hari ini.

Beliau berkata, pembukaan cawangan ini turut mencatat sejarah apabila ia merupakan cawangan pertama yang yang dimiliki oleh rakan usahawan Malakat.

“Ini satu sejarah yang berlaku dalam memulakan gerakan (ini),” tambah Mohd. Fadzil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here